fbpx
JORDAN Muraay (kiri) terus memainkan peranan besar apabila menyumbangkan gol pertama DPMM FC. - MFL

Piala FA: KL City bangkit ikat DPMM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRUNEI – Kuala Lumpur City pamer kebangkitan untuk memastikan keputusan seri 3-3 dengan DPMM FC pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, sebentar tadi.

Walaupun hadir tanpa Ketua Jurulatih, Datuk Dollah Salleh yang tidak dapat sertai pasukan kerana ibu mentuanya meninggal dunia, KL City membuktikan keazaman tinggi untuk mengelak daripada tewas.

Keputusan ini menjadikan perhitungan kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, 11 Oktober ini makin menarik namun kelebihan seakan berpihak kepada The City Boys yang akan bermain di depan penyokong sendiri.

Gol pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-18, menyaksikan Jordan Murray meletakkan tuan rumah di depan.

Kesilapan penjaga gol DPMM FC, Samuel Sommerville menjatuhkan Mohamad Fazrul Amir Md Zaman pada minit ke-29 mengundang padah apabila KL City dihadiahkan sepakan penalti dan peluang itu disempurnakan oleh Paulo Josue.

Sembilan minit selepas aksi bersambung, DPMM FC sekali lagi berada di depan menerusi jaringan Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik diikuti gol ketiga menerusi Miguel Oliveira, empat minit selepas itu.

Situasi itu seakan membangkitkan semangat melawan KL City yang turut meledak dua gol penting dalam tempoh lima minit.

KL City memperoleh gol kedua menerusi Muhamad Baqiudin Shamsudin pada minit ke-71, diikuti jaringan penyamaan nenerusi tandukan Fareed Sadat pada minit ke-75. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN