fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kedua-dua suspek menuntut pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. - Instagram

Pencuri tuntut keadilan selepas didera mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua pencuri di Deli Serdang, wilayah Sumatera Utara menuntut pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pemilik sebuah kedai yang menyerang mereka kerana mencuri, lapor portal berita iNews. 

Kejadian berlaku apabila kedua-dua suspek bernama Gleen Dito dan Rizki Kristian ditangkap mencuri di tempat mereka bekerja. 

Pemilik kedai dikenali sebagai PP dan rakan sekerjanya bergegas ke sebuah hotel di Bandar Medan yang menjadi tempat penyembunyian Gleen dan Rizki. 

Kedua-dua suspek memberitahu bahawa mereka didera semasa dibawa ke balai polis. 

“Kami memang bersalah tetapi dia (PP) bukan sesiapa. Pihak berkuasa perlu menyiasat kes kami secara menyeluruh sebagai mangsa penderaan,”.

“Kami dipukul dan diseret ke dalam kereta. Sebaik sahaja kami berada di kereta itu, kami diikat seperti haiwan sebelum dibawa ke balai polis,” kata mereka. 

Siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN