fbpx
Ucapan tahniah Anwar kepada Jojo pada hantaran di aplikasi Facebook hari ini.

Anwar ucap tahniah kepada Jojo kemenangan di ONE Friday Fights 141

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada petarung muay thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo susulan kejayaannya mencatat kemenangan dalam kejohanan ONE Friday Fights 141 di Bangkok, Thailand.

Ucapan tersebut disampaikan menerusi satu hantaran di Facebook miliknya sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap pencapaian atlet muda berkenaan di pentas antarabangsa.

“Tahniah Jojo!” ucap ringkas Anwar dalam hantaraan berkenaan.

Terdahulu, Johan berjaya menumpaskan pencabarnya dari Myanmar, Ye Yint Naung pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, malam tadi.

Kemenangan itu diraih selepas Johan mengatasi lawannya menerusi keputusan juri selepas tiga pusingan perlawanan.

Kejayaan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan Johan sebagai antara prospek utama muay thai negara serta membanggakan arena sukan tempur Malaysia di peringkat dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN