fbpx
ISU Freemasion tidak pernah, malah selebriti Malaysia termasuk Michelle Yeoh sendiri pernah terkait isu berkenaan.

5 selebriti Malaysia terkait isu ‘sembah syaitan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEBETULAN, sejak belakangan ini gelanggang dunia seni ‘dimomokkan’ dengan kisah fail Epstein dan termasuk teori selebriti Hollywood yang kononnya tercemar dengan gerakan Freemason atau Illuminati rentetan penganjuran Anugerah Grammy ke-86.

Bahkan, penyanyi rap wanita sensasi global, Nicki Minaj yang kini ‘berpihak’ kepada Donald Trump secara terang-terangan menyindir penganjuran Anugerah Grammy.

Kata pelantun lagu Starship itu, usai penganjuran Grammy, akan ada ritual yang kebiasaannya disertai pelaku seni Hollywood demi meneruskan kelangsungan hidup dalam dunia hiburan.

“Ketika mereka melakukan ritual malam ini (selepas berakhir Grammy), Tuhan akan mendedahkan rupa sebenar mereka, ritual terbabit ‘memakan’ diri,” demikian antara muat naik status Nicki di aplikasi X.

Ironi, bukan sahaja selebriti Barat yang terpalit dakwaan kononnya dinaungi organisasi rahsia Freemason. Tidak kurang, beberapa pelaku seni tempatan juga berdepan tuduhan sama yang kebenarannya tiada hujung pangkal.

AINA ABDUL

Sering tampil dengan eksentrik, Aina adalah antara figura yang sering berdepan kecaman tidak bertempat netizen. Tidak kurang, ada yang pernah menuduhnya sebagai pengikut Freemason yang sering dikaitkan dengan selebriti antarabangsa. Netizen pernah mengaitkan poster konsert atau gaya visual Aina dengan simbol-simbol tertentu seperti dakwaan bahawa poster berbentuk salib atau lambang Freemason — tetapi ini hanyalah komen pengguna media sosial, bukan fakta. Aina dalam satu temu bual pernah menafikan tuduhan terbabit dan menegaskan segala visual yang dipaparkan dalam kerja seninya tiada kena-mengena dengan gerakan terbabit.

HUJAN

Siapa sangka, band yang merupakan antara pelopor muzik indie, Hujan yang dianggotai Noh Salleh, Hezry Hafidz, Azham Ahmad dan Izzat Uzaini pernah berdepan tuduhan kononnya pengikut ajaran Freemason hanya kerana persembahan mereka yang dikatakan melampau oleh sebilangan netizen. Ketika mengadakan persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 tahun 2010, band yang terkenal dengan lagu Aku Skandal itu menafikan sekeras-kerasnya mereka bernaung di bawah Illuminati. Ketika persembahan, Hujan dikecam menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

MICHELLE YEOH

Kini menjadi rebutan dunia Hollywood terutama selepas berjaya menjadi anak Malaysia pertama menggenggam trofi Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh juga antara susuk yang sering dikaitkan dengan gerakan Freemason. Ada yang berpendapat, kejayaan Michelle di Hollywood bukan senang diperoleh kalau tidak beliau ‘menjual’ jiwa kepada gerakanIlluminati. Sehingga kini, tiada bukti yang mengatakan pelakon filem Wicked itu sebagai ahli gerakan Freemason. Gerak isyarat tangan atau foto yang dikatakan bersifat simbolik sebagai bukti — namun, dakwaan ini datang daripada sumber gosip hiburan yang tidak disahkan, dan bukannya daripada media yang berwibawa atau sebarang kenyataan rasmi oleh Michelle sendiri.

SHUIB

Selepas kematian isteri pertama, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib berdepan dengan tuduhan yang sangat berat daripada seorang netizen yang mendakwa dirinya merupakan penganut Freemason dan kematian isterinya itu disengajakan sebagai satu ritual ‘korban’. Tidak tahan dengan fitnah terbabit, Shuib mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit sebelum kes terbabit diselesaikan di luar mahkamah apabila netizen yang melontarkan fitnah itu melakukan permohonan maaf secara terbuka.

ALYAH

Selain Hujan, Alyah juga terkena tempias dakwaan terlibat dengan Freemason ketika mengadakan persembahan di pentas AJL24 menerusi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang. Menurut isteri Maestro tersohor, Datuk Ramli MS itu, persembahannya pada malam terbabit hanya ekspresi seni yang tidak kena-mengena langsung dengan apa yang dibicarakan netizen. Menurut Alyah, dia tidak pernah terfikir tentang ‘Lady In Red’ atau syaitan yang dikaitkan dengan unsur Freemason. Dia hanya memilih pakaian berwarna merah rekaan Arma Abdul Rahman pada malam pertandingan disebabkan menyukai warna itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN