fbpx
Fadhlina beramah mesra dengan pelajar SAM Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang, Selangor semalam.

Tiga sekolah terbaik keputusan STAM 2025 terima insentif RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiga buah sekolah terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 akan menerima RM10,000 sebagai insentif kerana keputusan yang cemerlang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan keseluruhan STAM 2025 dengan kurikulum baharu sangat membanggakan negara.

“Malah kurikulum yang digubal bersama Al-Azhar (Al-Azhar Al-Sharif) ini sebenarnya sedang menyiapkan anak-anak untuk urusan negara yang lebih besar.

“Menjadi bakal ulama dan umara yang menguasai bidang serta rahmah kepada umat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Fadhlina berkata, beliau semalam berada di Sekolah Agama Menengah (SAM) Bandar Baru Salak Tinggi untuk meraikan keputusan STAM bersama calon di sekolah itu.

Katanya, beliau bersyukur kerana mereka mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang dan berasa seperti sedang mengambil keputusan anak sendiri ketika itu.

“Alhamdulillah keputusan mereka sangat cemerlang. Ada yang sebak sambil memeluk saya. Saya pun sebak juga. Tahniah kepada semua anak-anak STAM 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN