diskaun sehingga 50 peratus yang ditawarkan peniaga kepada orang ramai menjelang dua minggu sebelum Ramadan.

Mari sini baju raya tengah murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Peniaga pakaian di pusat membeli-belah utama sekitar ibu negara mula menawarkan diskaun besar-besaran kira-kira dua minggu sebelum Ramadan bagi menghabiskan stok koleksi tahun sebelumnya.

Diskaun sehingga 50 peratus ditawarkan untuk koleksi lama, manakala koleksi baru turut diberikan potongan harga antara 10 hingga 15 peratus bagi menarik kehadiran pengunjung.

Menurut pekerja butik pakaian, Aini, 30, kedainya menawarkan pelbagai koleksi baju raya tahun-tahun sebelumnya me­rangkumi pakaian dewasa dan kanak-kanak.

“Kami mahu pastikan stok lama habis sebelum menawarkan lagi koleksi terbaru dalam tempoh dua minggu dari sekarang.

“Setiap baju kurung, baju Melayu semua ada diskaun. Kalau pelanggan beli tiga set dalam satu resit, kami akan beri tambahan diskaun,” katanya kepada Kosmo!.

Seorang lagi peniaga, Abdul Ghafoor, 43, berkata, diskaun diberikan untuk menarik pembeli mendapatkan koleksi lama dan baru tanpa mengurangkan keuntungan.

“Stok saiz kecil dan sederhana masih banyak, jadi kami buat promosi supaya pelanggan tidak terlepas peluang.

“Harga baju baru tetap kompetitif walaupun diberikan diskaun,” katanya.

Abdul Ghafoor berkata, secara kebiasaannya harga sepanjang bulan puasa sedikit tinggi terutama ketika stok semakin terhad.

“Bila puasa, orang ramai. Mana-mana peniaga pasti mahu dapat untung lebih dengan naikkan harga.

“Harga mungkin tidak tinggi, tetapi akan berbeza. Bila saiz makin kurang, lagi susah untuk kami beri diskaun banyak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN