PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang ini di beberapa negeri.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melibatkan Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron.
“Turut terlibat, beberapa daerah di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat manakala Johor di daerah Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Sarawak melibatkan Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan, Jualu dan Meradong), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang,” katanya.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau). – KOSMO! ONLINE














