fbpx
TANGKAP layar perbincangan ibu bapa di media sosial mengenai dakwaan anak guru mudah mendapat jawatan di sekolah.

Kecoh anak guru senang dapat jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KECOH baru-baru ini dengan keluhan ibu bapa berhubung Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Suatu sistem penilaian standard oleh Kementerian Pendidikan untuk mengukur penglibatan murid dalam sukan, kokurikulum dan kecergasan fizikal.

Seorang penjaga membangkitkan persoalan kenapa ibu bapa terlalu kejarkan PAJSK di luar sekolah sehingga sanggup berbelanja ribuan ringgit selain bersimpati dengan nasib anak-anak kurang berkemampuan untuk mengikuti program luar yang berbayar.

Rentetan itu, terdapat penjaga meninggalkan komen agar tidak terlalu mengharapkan program dalaman berikutan hanya murid tertentu terutama anak guru, anak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pengawas sekolah yang terpilih.

Itu jadi punca ibu bapa mencari aktiviti luar bagi membantu markah PAJSK anak-anak. Sekali imbas mungkin keluhan ini hanya kes terpencil serta bukan gambaran keseluruhan.

Rakan penulis dikenali sebagai Puan FM mengakui ia realiti kecil dunia pendidikan melalui pengalaman anaknya di sekolah rendah.

Walaupun anaknya terpilih untuk sesi temu duga pengawas dan menunjukkan potensi, keputusan akhir tetap menyisihkan usaha yang telah dicurahkan.

Jelasnya, bukan kerana mereka kurang baik atau kurang layak, tetapi kerana budaya tidak rasmi yang masih wujud.

Jawatan dan pengiktirafan sering berpihak kepada mereka yang mempunyai hubungan, sama ada anak guru, ahli PIBG atau golongan tertentu.

Perkara ini mungkin tidak disebut secara terbuka, tetapi cukup dirasai oleh ibu bapa dan murid.

Sebagai seorang ibu, dia melihat kekecewaan anaknya. Di memilih untuk menyelitkan pemahaman tentang rezeki dan aturan Tuhan.

Dalam dunia orang dewasa, jawapan ini mungkin klise, bukan juga bertujuan menuding jari, tetapi sebagai cerminan realiti yang perlu diperbaiki.

Kita berharap satu hari nanti sistem akan lebih adil dan nilai sebenar seorang anak tidak lagi diukur melalui siapa ibu bapanya, tetapi siapa dirinya.

Kira-kira lima tahun lalu, penulis pernah menulis perkara sama dalam kolum ini: https://www.kosmo.com.my/2021/10/04/usah-runsing-benda-boleh-ejas/

Ini mukadimah menjurus kepada masalah sistemik. Contoh mudah, seorang pegawai penguat kuasa makan suap, ia masalah individu. Rasuah berlaku di banyak peringkat, lama dan dilindungi prosedur itu adalah masalah sistemik.

Jadi tidak hairanlah pada tahun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya merampas dan mengembalikan semula RM8.5 bilion hasil negara menerusi pembekuan akaun dan sitaan aset bernilai RM6.95 bilion, penyelesaian RM1.5 bilion, kompaun RM49.7 juta serta lucut hak RM8.1 juta.

Nilaikan perbandingan ini, dengan rampasan rasuah tahun lalu itu negara boleh bina sebuah lagi Menara Merdeka 118.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN