fbpx
Malik sewaktu menghadap Sultan Sharafuddin semalam. Foto FACEBOOK SELANGOR ROYAL OFFICE

Suasana pilu bekas banduan PhD menghadap Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas prospek pertama Malaysia yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa di dalam Penjara Kajang menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.

Selangor Royal Office menerusi hantaran Facebook, Dr. Malik Yatam diberi pengampunan penuh oleh Sultan Sharafuddin sempena Hari Keputeraan Baginda pada tahun 2024.

“Hari ini (semalam) beliau menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor. Pertemuan berlangsung hampir sejam dalam suasana yang hening, sedih dan pilu.

“Ini adalah pertemuan pertama seumpamanya antara Tuanku dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada baginda,” menurut hantaran berkenaan.

Selepas 24 tahun menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS), tidak ada tarikh bebas, tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun, Malik akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.

“Menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun, Malik kini berusia 39 tahun berjaya memperoleh PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa menjalani hukuman di Penjara Kajang.

“Pada pertemuan ini, baginda berkenan bertanyakan khabar tentang perkembangan kehidupan beliau selepas keluar dari penjara dan perancangan masa hadapan,” menurut kenyataan berkenaan.

Menurut Selangor Royal Office, Sultan Selangor amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.

“Baginda telah mempertimbangkan pengampunan ini sebaik mungkin melihat kepada semua faktor yang telah disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.

“Baginda turut menasihatkan Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup,” menurut kenyataan berkenaan.

Terdahulu sejak tahun lalu, media melaporkan kisah Malik yang menjadi bekas prospek pertama di negara ini berjaya memperoleh PhD sepanjang menjadi penghuni di Penjara Kajang.

Malah akhbar Kosmo! menerusi laporan pada Isnin lalu turut menceritakan keadaan terkini Malik selepas keluar dari penjara yang mana beliau mengusahakan tanaman cili fertigasi di Batang Kali, Hulu Selangor serta menggajikan tiga bekas banduan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN