fbpx
Mohamed Khaled beramah mesra bersama veteran ATM pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) 2026 di Kuala Lumpur hari ini.

Veteran ATM terima RM250 awal Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan memaklumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 secara sekali beri (one-off) kepada veteran Angkatan Tentera akan disalurkan bermula awal Mac depan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bantuan khas itu akan disalurkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan 2026.

Jelas beliau, secara keseluruhan bagi tahun ini, Kerajaan Madani telah memperuntukkan sebanyak RM303.3 juta kepada JHEV ATM iaitu peningkatan sebanyak 3.16 peratus berbanding RM294 juta pada tahun lalu.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM274.4 juta, iaitu bersamaan hampir 90 peratus, disalurkan secara khusus untuk agenda kesejahteraan veteran. Ini termasuklah, semua veteran akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 seorang secara sekali beri (one-off).

“Insya-Allah, bantuan ini dijangka disalurkan pada awal bulan Mac 2026, lebih-lebih lagi bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak,” katanya ketika berucap semasa Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) 2026 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, sebelum ini Kerajaan Madani telah bersetuju untu menyalurkan penghargaan khas PJM sebanyak RM500 secara sekali beri (one-off) kepada semua pemegang PJM.

“Maknanya, penerima Pingat Jasa Malaysia akan dapat RM750 secara keseluruhannya termasuk Bantuan Khas Kewangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, inisiatif itu selaras dengan agenda besar Kementerian Pertahanan iaitu untuk memperkasa kesejahteraan dan kebajikan warga veteran ATM.

Selain itu katanya, ia untuk memastikan kepentingan veteran terus terpelihara.tanpa
ada sesiapa pun yang tercicir atau terpinggir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN