fbpx
Emma Maembong mengakui dia merupakan aktres wanita yang dikatakan mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak sehingga tular dalam media sosial sejak semalam.

‘Tak faham sampai kena blur muka, memang saya masuk kelab’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong mengakui dia merupakan aktres wanita yang dikatakan mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak sehingga tular dalam media sosial sejak semalam.

Menurut Emma, tujuan ke pusat hiburan yang terletak di Sibu, Sarawak tersebut bagi merakam video muzik selain mengakui mahu melihat seorang DJ yang juga teman lelakinya, DJ Kidd membuat persembahan pada hari tersebut.

“Saya tak fahamlah kenapa orang suka memberi reaksi berlebih-lebihan sampai nak kena ‘blurkan’ muka saya.

“Mudah saja, saya ke Sibu sebab nak rakam video muzik dan kebetulan DJ Kidd ‘spin’ di situ dan saya nak pergi tengok.

“Saya sendiri yang masuk kelab tanpa memakai pelitup muka atau topi sebab memang nak pergi tengok dia spin,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Tambahnya, dia menyedari dirinya dirakam dan memilih untuk membiarkan sahaja perkara tersebut.

“Bila orang rakam, saya yang lambai dengan mesra. Saya tahu ramai orang rakam dan biarkan benda itu terjadi.

“Jadi, bukannya saya menyorok di bawah meja, lainlah kalau wajah saya terkantoi kemudian tersebar,” ujarnya.

Emma turut mempersoalkan tindakan pihak yang mengaburkan wajahnya dalam beberapa hantaran sebelum ini.

“Biarkan dan tak perlu nak kaburkan muka serta beritahu siapa pelakon itu.

“Sedangkan saya sendiri yang masuk dengan gembira, ramai orang jaga saya.

“Orang-orang Sibu sangat ‘sporting’ dan mereka pun tidak ‘judgemental’ sangat,” ujar pelakon drama Seribu Tahun itu.

Terdahulu, media sosial kecoh sejak semalam apabila tular sebuah video memaparkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal dikatakan mengunjungi di sebuah kelab malam di Sarawak baru-baru ini.

Kelibat pelakon berkulit cerah itu dilihat dalam video tersebut yang turut dikawal oleh sekumpulan pengawal keselamatan peribadi.

Tidak menyembunyikan wajahnya, pelakon yang mempunyai dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu itu dilihat sempat melambai membalas sapaan peminat yang menegurnya dalam pusat hiburan tersebut.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik peminat pelakon tersebut yang berada di pusat hiburan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI