fbpx
Gambar menunjukkan jet pejuang 7-35. - Lockheed Martin

AS tembak jatuh dron Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh dron Iran yang menghampiri kapal pengangkut pesawatnya di perairan Asia Barat, lapor agensi berita United Press International.

Pentagon berkata, dron jenis Shahed-139 secara agresif menghampiri kapal induk USS Abraham Lincoln semasa ia bergerak melalui Laut Arab, kira-kira 804.67 kilometer dari pantai selatan Iran. 

“Ia melakukan gerakan yang tidak perlu ke arah kapal itu,” kata Pentagon. 

Jurucakap Pusat Perintah AS, Tim Hawkins berkata, dron tersebut kekal terbang ke arah kapal walaupun langkah-langkah pengunduran telah diambil oleh Tentera Laut AS yang beroperasi di perairan antarabangsa. 

“Sebuah jet pejuang 7-35 menembak jatuh dron tersebut. Tiada anggota cedera atau peralatan perkhidmatan Amerika yang rosak,” kata Hawkins dalam satu kenyataan. 

Penembakan jatuh dron itu merupakan insiden pertama dalam ketegangan terbaharu antara Washington dan Tehran sejak Presiden AS, Donald Trump mengerahkan armada ke perairan berhampiran Iran. 

Armada yang diketuai USS Abraham Lincoln telah tiba di Asia Barat pada minggu lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN