fbpx
Seorang lelaki direman untuk membantu siasatan kes bunuh eksekutif bank di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Baran, masalah kewangan disyaki punca eksekutif bank dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Masalah kewangan dan sikap baran suspek dipercayai menjadi motif pembunuhan tragis eksekutif bank di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut susulan tahanan reman suspek berusia 29 tahun itu hari ini.

“Suspek mempunyai masalah panas baran dan siasatan awal kejadian ini dipercayai berpunca akibat masalah kewangan.

“Bagaimanapun, kejadian ini masih disiasat dan suspek direman tujuh hari sehingga 9 Februari ini untuk membantu siasatan, ” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata beliau, suspek didakwa mengalami masalah kewangan dan dikatakan sering meminta wang daripada si mati.

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan senjata yang dipercayai digunakan suspek untuk menikam ibu tunggal anak enam dalam kejadian itu.

“Setakat ini usaha untuk mencari senjata itu sedang dilakukan. Hasil siasatan mendapati, hanya suspek melakukan kegiatan itu seorang diri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN