fbpx
DR.FIE bersama peguam syarie, Akberdin ditemui sejurus selesai prosising di Mahkanah Tinggi Syariah Seremban hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

[VIDEO] Nubhan diarah fail pembelaan isu harta sepencarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan pihak defendan yang juga penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad, 40, untuk memasukkan pembelaan berhubung tuntutan harta sepencarian yang difailkan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 36, sebelum 24 Februari depan.

Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Dr. Afifah atau dikenali Dr. Fie berkata, peguam syarie Mohd. Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan hadir pada prosiding di hadapan Pendaftar hari ini dan memaklumkan pihak defendan akan memfailkan pembelaan.

“Mahkamah telah memberikan tempoh kepada pihak defendan untuk memfailkan pembelaan sebelum 24 Februari depan, manakala kedua-dua pihak dikehendaki hadir semula ke mahkamah pada 11 Mac depan bagi tujuan sebutan.
“Pada 11 Mac depan, kita akan hadir semula di Mahkamah Tinggi Syariah di hadapan Pendaftar untuk beritahu status, sama ada akan masukkan jawapan kepada pembelaan ataupun tidak,” katanya ketika ditemui di perkarangan Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN