PETALING JAYA – Pada usia 54 tahun, pelakon dan penerbit Datuk Seri Eizlan Yusof selamat menyambut kelahiran anak kelimanya yang diberikan nama Zareen Rosa.
Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof menzahirkan rasa kesyukuran atas pengorbanan isterinya, Datin Seri Sasha Boudville melahirkan zuriat mereka.
“Assalamualaikum Zareen Rosa. Alhamdulillah & syukur kepada Allah SWT atas segala limpah kurnia-Nya.
“Terima kasih yayang (isteri)” tulisnya menerusi Instagram yang turut disertakan gambar isteri bersama doktor mereka di hospital.
Para hantaran lain dia berkongsi foto dengan puterinya, namun wajah si kecil ditutup dengan emoji hati.
Eizlan dan Sasha mendirikan rumah tangga pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang puteri Zaelynn Rosa yang kini berusia lima tahun.
Sebelum itu, dia memiliki tiga cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan usahawan, Vie Shantie Haroon Khan. – KOSMO! ONLINE














