PETALING JAYA – Seorang wanita hampir mati dan nyaris kehilangan payudara selepas melakukan prosedur breast filler yang dilakukan oleh pendandan kecantikan di TikTok dengan bayaran RM1,500.
Shaeera, 33, berkata, pengalaman ngeri pada 2019 itu menjadi mimpi buruk dalam hidupnya.
Katanya, pembedahan itu dilakukan tanpa sebarang penerangan mengenai risiko atau kesan sampingan.
“Selepas buat (prosedur), saya mengalami demam panas sehingga suhu hampir mencecah 40 darjah Celsius. Keadaan menjadi bertambah teruk sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
“Saya disahkan mengalami jangkitan serius dalam darah akibat ‘filler’ yang disuntik itu. Doktor beritahu kandungan ‘filler’ tersebut sudah merebak ke leher, ketiak dan belakang badan. Saya nyaris kehilangan payudara,” katanya.
Shaeera kemudian membawa kes tersebut ke mahkamah dan menerima pampasan sebanyak RM150,000.
Sheena menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan rawatan kecantikan yang dipromosikan di media sosial.
“Cantik seketika, namun risikonya boleh membawa kesan seumur hidup,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE














