fbpx
Zambry ketika merasmikan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

KPT dalam proses semak akta ambil alih tingkatan enam, matrikulasi – Zambry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini dalam proses menyemak akta berkaitan sebelum mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan program tingkatan enam dan matrikulasi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, ada proses yang perlu dilakukan termasuk menyemak akta sedia ada.

“Sebagai contoh akta di dalam KPT pada hari ini kita kena masukkan balik perkara berkaitan tigkatan enam dan matrikulasi.
“Kalau sebelum ini yang berkaitan dengan tingkatan enam dan juga matrikulasi itu berada di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Jadi langkah-langkah yang perlu kita buat itu perlu kita letakkan secara berperingkat,” katanya selepas melancarkan Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU 2026) bagi Zon Wilayah (Premier) di sini hari ini.

Katanya, beliau menjelaskan pelaksanaan program Tingkatan Enam dan matrikulasi itu tidak boleh dilaksanakan segera sebaliknya ada pindaan akta yang perlu dibuat terlebih dahulu.

Terdahulu, kerajaan memutuskan agar KPT mengambil alih keseluruhan sistem prauniversiti atau tingkatan enam dan matrikulasi bermula tahun depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI