TAWAU – Menjadikan video dan gambar peribadi sebagai alat ugutan, seorang lelaki warga asing akhirnya diberkas polis kurang 24 jam selepas laporan dibuat berhubung kes pemerasan terhadap seorang wanita di Merotai Besar, semalam.
Suspek berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai pada pukul 5.45 petang di kawasan tepi Gerai Kampung Merotai Besar.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata tangkapan dibuat susulan laporan seorang wanita berusia 20-an yang mendakwa menerima ugutan daripada bekas kenalannya melalui beberapa nombor telefon.
Menurutnya, suspek mengancam untuk memviralkan video dan gambar peribadi mangsa sekiranya gagal menyerahkan sejumlah wang, kira-kira pukul 10.35 pagi.
“Suspek juga dipercayai kerap menghubungi mangsa pada waktu malam dengan tujuan mengganggu dan merosakkan keharmonian rumah tangga mangsa.
“Disebabkan takut bahan peribadi itu disebarkan, mangsa mendakwa terpaksa memberikan sejumlah wang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menemui sebilah pisau sepanjang kira-kira 16 sentimeter serta dua telefon bimbit di dalam sebuah beg sandang dipercayai digunakan semasa kejadian berkenaan. – KOSMO! ONLINE
Lelaki warga asing ditahan ugut sebar video peribadi
- Oleh IVAN AMIRUL
- 31 Januari 2026, 2:04 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Mayat lelaki ditemui dalam rumah berkunci
31 Januari 2026, 5:02 pm

Geng Rahim Burma tumpas
31 Januari 2026, 4:54 pm

‘Alamak, ada orang duk mengata saya dah tiada duit’
31 Januari 2026, 4:47 pm

Warga Penang duduk diam-diam di rumah, elak pergi ‘town’
31 Januari 2026, 4:39 pm

Hujan lebat, angin kencang di Perak, Selangor
31 Januari 2026, 4:29 pm

Kerajaan AS ditutup separa
31 Januari 2026, 4:02 pm

Individu dari luar Johor disyaki dalang sebar ajaran Ahmadi Religion
31 Januari 2026, 3:39 pm

Ibu harap anak pulang beraya tahun ini
31 Januari 2026, 3:33 pm






