fbpx
GAMBAR fail anggota polis mengawal trafik di Hanoi. - Foto AFP

Lelaki diberkas curi motosikal sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Polis melancarkan siasatan jenayah dengan menuduh seorang lelaki berumur 30 tahun, Nguyen Khanh atas kesalahan mencuri motosikalnya sendiri, lapor portal berita tuoi tre news semalam.

Pada petang 14 Disember tahun lalu, Khanh menunggang motosikalnya ke daerah Mo Duc untuk melawat rakan-rakan, di mana dia minum bir dan arak lain.

Sekitar pukul 8.20 malam (waktu tempatan) pada hari sama, ketika dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal, dia berhenti kerana pemeriksaan polis.

Anggota-anggota polis mendapati dia melanggar peraturan berkaitan tahap alkohol dalam darah, menyebabkan Khanh didenda, manakala motosikalnya disita.

Namun, kira-kira 25 minit kemudian, ketika pasukan rondaan memindahkan motosikal yang disita ke kawasan rampasan barangan, dia kembali mengambil motosikal itu dan menunggang pulang sebelum menyembunyikannya.

Selepas kejadian itu dikesan, polis segera memulakan siasatan untuk mengenal pasti dan mengesan pelaku.

Dalam tempoh 24 jam, polis mendapati bahawa Khanh bertanggungjawab mengambil motosikal yang disita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN