fbpx
ZII JIA berpeluang melangkah ke separuh akhir Thailand Masters, namun tidak dapat meneruskan aksi di suku akhir akibat kecederaan. - SHIDDIEQIIN ZON

Thailand Masters: Kecederaan sekat kemaraan Zii Jia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terpaksa akur tidak dapat meneruskan kemaraan ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Thailand Masters yang berlangsung di Bangkok.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Stadium Nimibutr sebentar tadi, bekas juara All England itu tidak dapat meneruskan permainan di set ketiga dan terpaksa mengambil keputusan menarik diri akibat kecederaan.

Berdepan pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Alwi Farhan, pemain No.79 dunia itu memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan mudah 21-10, sekali gus meraih keyakinan untuk set seterusnya.

Bersambung set kedua, pemain berusia 28 tahun itu cemas seketika apabila jauh ketinggalan apabila membenarkan Alwi mendahului perlawanan 12-3 sebelum kembali mengejar dan merapatkan kedudukan 15-17.

Bagaimanapun, pemain lawan kembali memperkemaskan permainan sebelum mengutip mata demi mata dan memenangi set kedua 21-15, sekali gus memaksa Zii Jia untuk bermain di set penentuan.

Ketika sedang menantikan set ketiga dimulakan, Zii Jia tidak dapat meneruskan permainan, sekali gus menyaksikan Alwi mendapat kemenangan dan meneruskan kemaraan ke separuh akhir esok.

Kecederaan yang dialami boleh dianggap sebagai detik malang buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu memandangkan dia baru sahaja pulih daripada kecederaan dialami tahun lalu.

Sebagai rekod, Zii Jia terpaksa berehat panjang musim lalu kerana mahu memberikan sepenuh fokus kepada pemulihan kecederaan dialami sehingga memaksa dia memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN