fbpx
Kawasan pesisir pantai di Batu Ferringhi dan Tanjong Bungah kini diancam hakisan pantai yang semakin teruk.

Hakisan pantai bukan dari tambak laut tapi air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Hakisan pantai di Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi, di sini dikenal pasti berpunca dari fenomena air pasang besar yang menyebabkan paras ketinggian ombak meningkat kira-kira dua kaki lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Perkara tersebut disahkan menerusi laporan rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini sekali gus menyangkal kenyataan beberapa pihak yang mendakwa faktor pembangunan berlebihan termasuk penambakan laut menjadi punca utama.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata, kejadian angin kencang telah meningkatkan kelajuan ombak sehingga menyebabkan langkah mitigasi sedia ada seperti ‘sandbag’ terbalik dan berubah kedudukan.

Menurutnya, faktor-faktor berkenaan merupakan punca sebenar kejadian hakisan dan tidak berkait dengan kerja-kerja tambakan di sekitar Pulau Pinang.

“Tuduhan yang mengaitkan projek tambakan termasuk Pulau Andaman sebagai punca hakisan adalah tidak berasas,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), R.Meenanakshi mendakwa, pembangunan berlebihan di kawasan yang terlalu hampir dengan garis pantai selain penambakan laut yang ketara dipercayai antara punca hakisan di Batu Batu Ferringhi dan Tanjong Bungah di sini pada tahun ini lebih teruk.

Zairil berkata, Pulau Andaman telah memulakan kerja-kerja tambakan dengan pembinaan struktur perlindungan utama (perimeter rockbund) lebih 10 tahun lalu, manakala kerja semasa hanyalah melibatkan pengisian baki kawasan dalam struktur yang telah lama wujud.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI