fbpx
Gambar hiasan

Cuaca buruk di Sabah, Sarawak malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Sarawak dan Sabah dijangka berdepan cuaca buruk sehingga pukul 9 malam ini.

Menerusi laporan cuaca Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), hujan lebat dilaporkan melanda Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

“Selain itu, cuaca buruk turut dilaporkan melanda Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran termasuk seluruh Labuan,” katanya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI