fbpx
SYABIL (tengah) dan Choon Seong menerima trofi daripada Taufiq selaku Olahragawan Sukan Pekak 2025.

Atlet boling dominasi Anugerah Sukan Pekak 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD boling pekak kebangsaan tampil cemerlang pada Anugerah Sukan Pekak Negara (ASPN) 2025 di Majlis Sukan Negara (MSN) semalam apabila menyapu bersih gelaran Olahragawan dan Olahragawati.

Gandingan Syabil Azam Syamsul Azam dan Ho Choon Seong diangkat sebagai Olahragawan berdasarkan prestasi cemerlang dipamerkan sepanjang saingan musim lalu termasuk meraih pingat emas doubles lelaki pada Deaflympics Tokyo, November tahun lalu.

Choon Seong juga mencatat pencapaian gemilang pada SEA Deaf Jakarta, Ogos tahun lalu apabila memenangi empat pingat emas dalam acara doubles, trio, all event serta masters lelaki selain perak individu lelaki.

Syabil mengakui terkejut apabila dinobatkan sebagai Olahragawan 2025 memandangkan Deaflympics sebelum ini merupakan penampilan pertamanya pada temasya berprestij itu.

“Memang merupakan satu kejutan kerana kali pertama saya mendapat satu anugerah seperti ini. Alhamdulillah kerana saya juga baru pertama kali beraksi pada temasya Deaflympics bersama pasukan negara.

“Saya amat bangga dan gembira, terutama sekali kerana dapat membanggakan kedua ibu bapa saya. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari yang menyampaikan anugerah kepada para pemenang.

Pada masa sama, Syabil turut menjelaskan, dia juga sedia untuk melakukan persiapan terbaik bagi menampilkan aksi serupa menjelang kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik (APDG) ke-11 di Pulau Pinang Oktober depan.

Sementara itu, gelaran Olahragawati turut dimenangi gandingan Huwainan Danduan Abdullah dan Nor Misha Nathera Mackery, juga dari sukan boling selepas memenangi pingat perak acara doubles wanita pada Deaflympics Tokyo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI