fbpx
Ella tidak tertekan sekiranya Majlis Tertinggi Rockqueen di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dibandingkan dengan artis lain.

90 peratus tiket terjual, Ella enggan dibandingkan di SNBJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bakal mengadakan konsert berskala besar tidak lama lagi, Ratu Rock Negara Ella tidak tertekan sekiranya Majlis Tertinggi Rockqueen di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dibandingkan dengan artis lain.

Pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 60, memilih untuk kekal positif dan menyifatkan segala bentuk perbandingan sebagai pembakar semangat untuk memberikan aksi terbaik buat para peminat.

“Tak ada tekanan, sebenarnya lebih memberi kita semangat untuk pergi lebih jauh.

“Jadi saya fikir benda itu kita ambil positif dan rasa macam lagi seronok dan semangat. Semua kawan-kawan pun bagi semangat,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis makan tengah hari bersama Ella di Cili Kampung Sunway Pyramid, hari ini.

Mengulas mengenai persediaan mental menghadapi kritikan atau perbandingan daripada netizen, pelantun lagu Sembilu itu enggan membuang tenaga memberikan respons kepada perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

“Tapi kita semua tahu yang netizen memang suka buat macam itu (bandingkan). Biar sajalah.

“Jadi, saya rasa mereka dapat nilaikan. Kalau nak kena komen dan sebagainya, dia tetap akan berterusan sampai bila-bila, yang baik kita ambil, yang tak baik kita tak perlu tengok pun.

“Setakat ini pun saya tak ada apa-apa respons. Kalau rasa benda itu tak beri semangat, bagi manfaat jadi kita biarkan saja,” jelasnya.

Menerusi konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang akan berlangsung pada 14 Februari kelak, beberapa penyanyi akan turut serta sebagai tetamu jemputan seperti Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider dan kumpulan The Boys (Ella & The Boys).

Lebih mengujakan, akan ada kejutan beberapa lagi penyanyi yang akan turut serta dalam konsert solo berskala mega itu.

Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen, tiket konsert berkenaan kini sudah terjual sebanyak 90 peratus sejak mula dibuka pada 8 Disember lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN