fbpx
Anggota SAR mengusung mayat mangsa yang dijumpai di kawasan hutan pada jarak kira-kira 150 meter dari rumahnya di Kampung Sepurau, Bekenu, Miri pagi tadi.

Lelaki dijumpai tidak bernyawa selepas empat hari hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MIRI – Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar memburu di Kampung Sepurau, Bekenu di sini sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 41 tahun itu ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 10.40 pagi.

“Mayat mangsa dijumpai di kawasan hutan pada jarak 150 meter dari rumahnya. Mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan mangsa pada pukul 7.59 pagi, Isnin lalu selepas gagal dihubungi isterinya.

“Wanita itu cuba menghubungi suaminya sekali lagi pada Selasa (semalam), tetapi tidak dijawab. Mangsa juga mempunyai penyakit asma dan anxiety (keresahan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN