fbpx
Perdana Menteri mengarahkan pembinaan ladang babi bersistem di Bukit Tagar dibatalkan ekoran mendapat bantahan banyak pihak dan tiada jaminan tidak berlaku pencemaran.

Usah ada helah politik isu ‘rumah babi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Rakyat Selangor akan kekal konsisten membantah pembinaan ladang ternakan babi berskala besar di negeri ini walaupun projek rumah khinzir moden di Bukit Tagar dibatalkan.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat berkata, pembatalan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diharap dikekalkan demi kelangsungan alam sekitar serta kesejahteraan penduduk setempat.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap keputusan pembatalan projek tersebut bukan sekadar helah politik untuk meredakan kemarahan rakyat.

“Kita mahu keputusan ini dibuat atas dasar tanggungjawab dan keikhlasan, bukan kepenti­ngan politik.

“Pembatalan itu tercetus hasil tekanan rakyat menerusi himpunan penduduk di Felda Sungai Tengi Selatan serta penyerahan memorandum oleh gabungan badan bukan kerajaan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pada 16 Januari lalu,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan Anwar memberitahu isu ladang babi yang menjadi kontroversi perlu dibatalkan terlebih dahulu mengambil kira keresahan dan kebimbangan penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut Masridzi, isu itu tidak akan selesai dalam masa singkat kerana mungkin melalui proses panjang termasuk berlakunya lobi oleh pihak berkepentingan dan kumpulan pro penternak

Tambahnya, jika mahu dibina juga ladang ternakan, ia tidak seharusnya berada di kawasan majoriti umat Islam dan mereka bimbang sekiranya isu itu tidak akan selesai.

“Tujuan bantahan bagi mengelakkan risiko pencemaran jangka panjang yang dibimbangi pelbagai pihak kerana pembinaan ladang ternakan berskala besar di mana-mana lokasi di Selangor tetap berpotensi mengancam alam sekitar,” katanya.

Ujar Masridzi, jika perlu sekali pun, daging babi itu boleh diimport kerana makanan lain untuk orang Islam pun banyak diambil dari luar negara.

“Mengapa perkara sama tidak boleh dilakukan? Sebagai contoh situasi di Tanjung Sepat yang mempunyai 115 ladang ternakan babi telah memberikan kesan pencemaran serta mudarat kepada ekosistem setempat

“Mereka sepatutnya menerima pampasan kerana teraniaya akibat sistem perladangan babi di kawasan itu,” katanya.

Ujar Masridzi, tiada jaminan sistem moden boleh elak pencemaran dan para penternak tidak sanggup memenuhi kriteria ditetapkan selain ada yang me­minta syarat dilonggarkan.

“Sebab itu wujud pertenta­ngan antara kehendak kerajaan negeri dengan penternak serta tauke yang terlibat,” katanya.

Tambah Masridzi, status kapasiti penternakan, jumlah ladang serta keluasan kawasan juga masih gagal diperincikan.

“Ini bermakna belum ada kajian konkrit. Pembatalan sementara ini bagus, tetapi kita tidak mahu ada ulangan untuk melaksanakan semula projek itu kerana ia satu pengkhianatan kepada penduduk Bukit Tagar,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN