fbpx
Penunjuk perasaan membantah operasi ICE di Minneapolis, negeri Minnesota kelmarin. - AFP

AS hantar ejen ICE ke Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat (AS) akan menghantar sebilangan ejennya ke Itali untuk menyokong operasi keselamatan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di negara itu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Pengesahan yang dibuat oleh beberapa jabatan AS itu mencetuskan kebimbangan dan kemarahan rakyat Itali. 

“Ia adalah militia yang membunuh orang awam. Sudah tentu mereka tidak dialu-alukan di Milan,” kata Datuk Bandar Milan, Beppe Sala. 

Siri tindakan ganas ICE di AS ketika ini mencetuskan kemarahan ramai selepas ejennya menembak mati dua orang awam di negeri Minnesota dalam tindakan keras bagi membanteras pendatang asing tanpa izin.

Sementara itu, dalam usaha untuk meredakan ketegangan tersebut, Menteri Luar Itali, Antonio Tajani memberitahu pemberita bahawa tiada ejen ICE akan muncul di jalanan, sebaliknya hanya pegawai polis, polis tentera Carabinieri dan pihak berkuasa kewangan Guardia di Finanza. 

“AS akan menubuhkan bilik operasi di konsulatnya di Milan, di mana agensi-agensinya yang berkaitan akan bertugas sepanjang Sukan Olimpik Musim Sejuk tersebut,” kata Tajani sambil menambah, ejen ICE yang dihantar tidak bersenjatakan mesingan dan menutup muka mereka. 

Beberapa sumber kedutaan AS di Rom menjelaskan kepada media Itali bahawa pelbagai agensi persekutuan pernah bertugas di sukan olimpik pada masa lalu, namun penglibatan ICE tidak dapat dipastikan. 

Beberapa pegawai AS berkata, peranan Siasatan Keselamatan Dalam Negeri yang merupakan sebahagian daripada ICE akan bekerjasama dengan Perkhidmatan Keselamatan Diplomatik dan pihak berkuasa Itali untuk meneliti serta mengurangkan risiko daripada organisasi jenayah transnasional.  

“Mereka datang ke Itali kerana ia adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk memerangi keganasan,” kata Tajani. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN