fbpx
Gambar hiasan

Pemandu e-hailing cedera bergaduh dengan penumpang China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Gara-gara salah faham, seorang pemandu e-hailing cedera di bibir dan dahi dalam pergaduhan dengan penumpang warga China di Bandar Baru Nilai di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 3.39 petang melibatkan pergaduhan antara pemandu lelaki berusia 33 tahun dan seorang lelaki warga China.

“Berdasarkan laporan yang diterima, kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham semasa perkhidmatan penghantaran penumpang sebelum berlaku pertengkaran yang membawa kepada pergelutan antara kedua-dua pihak.

“Akibat kejadian tersebut, pemandu e-hailing mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN