fbpx
Tangkap layar hantaran seorang lelaki dipercayai hubungan terlarang dengan seekor babi.

Dengan haiwan pun bernafsu ke?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dengan haiwan pun bernafsu ke?”

Itu antara reaksi ditinggalkan orang ramai apabila tular rakaman seorang lelaki dipercayai warga asing melarikan diri selepas didakwa melakukan hubungan terlarang dengan babi.

Menerusi hantaran di Threads, lelaki tersebut dilihat berada dalam keadaan mencurigakan bersama haiwan tersebut sebelum terkejut selepas disergah oleh dua individu.

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan lelaki tersebut sedang berbaring sambil memeluk haiwan tersebut sebelum melepaskannya dalam keadaan tergesa-gesa.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan rata-rata mereka mengecam perbuatan lelaki terbabit.

“Memang banyak penyakit. Dengan sekarang virus Nipah lagi. Tolong jangan buat perkara bukan-bukan,” komen @Ommashares.

“Nampak sangat manusia sekarang terlalu zalim dan sakit sampai sanggup buat macam itu kepada haiwan,” komen @Norhdyhzulfakar.

“Sedih dan takut dengan manusia macam ini. Dengan haiwan pun sanggup buat perkara macam itu. Minta dijauhkan daripada orang macam ini daripada keturunan aku,” komen @Stmshrhysmn.

“Orang macam ini elok disondol babi. Biar tak menyusahkan orang lain bila sakit nanti,” komen @Masyisaurus. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN