fbpx
EZAM memberi penerangan tentang operasi pemadam api kebakaran tanah gambut yang akan dijalankan ketika ditemui di markas bomba di Taman Bayu Damai, Pengerang, Kota Tinggi hari ini. Foto MASTURAH SURADI/ KOSMO!

Kebakaran tanah gambut: Operasi pemadaman ambil masa empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Operasi memadam kebakaran tanah gambut di Taman Bayu Damai, Pengerang di sini dijangka mengambil masa tiga hingga empat hari dengan menggunakan teknik menjatuhkan air dari udara atau ‘water bombing’.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Punggai Pegawai Bomba Tinggi II Ezam Mistorerrodin berkata, helikopter akan memulakan operasi ‘water bombing’ pagi esok dan menyasarkan untuk memadam titik panas secara menyeluruh.

“Setakat pukul 12 tengah hari tadi, sebanyak 28 peratus atau 76 daripada 246 ekar kawasan kebakaran dapat dipadamkan. Sekarang kami cuba melakukan firebreak dan total flooding. Kemungkinan esok helikopter akan melaksanakan water bombing,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut beliau, sebelum ini kebakaran dapat dikawal, namun faktor cuaca dan angin kencang malam tadi menyukarkan operasi pemadaman.

“Operasi memadam kebakaran akan diteruskan sehingga malam dan bilangan anggota yang bertugas kekal 26 orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI