fbpx
Ahmad Zahid turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain dan barisan kejurulatihan yang akan memulakan kempen kejohanan itu bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2026.

Ahmad Zahid bakar semangat pasukan bola sepak Bagan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan sokongan penuh kepada pasukan bola sepak Bagan Datuk yang bakal beraksi dalam Kejohanan Piala YAB Menteri Besar Perak 2026.

Beliau secara berseloroh berkata, doa sentiasanya mengiringi pasukan tersebut dan berharap kehadiran Menteri Besar Perak bersama beliau mampu menjadi pembakar semangat untuk Bagan Datuk muncul juara.

“Saya doakan agar pasukan Bagan Datuk berjaya. Mudah-mudahan dengan Menteri Besar berada bersama saya, pasukan ini boleh menjadi johan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan yang akan memulakan kempen kejohanan itu bermula 30 Januari hingga 1 Februari 2026.

“Buat yang terbaik. Bagan Datuk nombor satu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN