fbpx
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa tanah runtuh di Kampung Pasirlangu, Bandung semalam. – AFP

Korban tanah runtuh Kampung Pasirlangu meningkat lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Angka kematian bencana  tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 17 orang, kata seorang pegawai bencana ketika operasi menyelamat masuk hari ketiga hari ini.

Tanah runtuh akibat hujan lebat itu menimbus sebuah kawasan perumahan di Bandung Barat, wilayah Jawa Barat kelmarin dan memaksa berpuluh-puluh penduduk untuk berpindah.

“Angka korban tanah runtuh di Bandung Barat mencecah  17 orang,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB),  Abdul Muhari dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau tidak memberikan perkembangan terkini  jumlah mangsa  yang masih hilang. Setakat semalam, mangsa hilang dilaporkan kira-kira  80 orang.

Anggota-anggota penyelamat berkata,  mereka bergerak berhati-hati kerana  bimbang berlaku lagi tanah runtuh disebabkan keadaan cerun tidak stabil dan cuaca buruk.

“Apa  yang paling kami takuti ialah risiko (tanah runtuh) yang berulang,” kata anggota penyelamat Rifaldi Ashabi, 25.

Beribu-ribu pekerja penyelamat terlibat dalam operasi hari ini,  kata pengarah operasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan(BASARNAS),  Yudhi Bramantyo.

Mereka menggunakan penggalian manual untuk mencari mangsa dan telah mengerahkan jentera  berat.

Bencana kelmarin berlaku selepas banjir dan tanah runtuh dahsyat melanda beberapa bahagian di Pulau Sumatra hujung tahun lalu, membunuh kira-kira 1,200 orang.

Pada bulan ini, hujan lebat melanda Pulau Siau di Indonesia, menyebabkan banjir kilat yang membunuh sekurang-kurangnya 16 orang. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI