fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).

Keadaan sama turut berlaku di Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam dan Hulu Selangor) dan Negeri Sembilan (Kuala Pilah dan Jempol),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) dan Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan).

Cuaca buruk sama juga dijangka berlaku di seluruh Labuan.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN