fbpx
Seorang penunggang motosikal maut dipercayai digilis sebuah treler dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25.4 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), dari arah Semenyih ke Subang Jaya, di sini pagi tadi.

Penunggang motosikal maut digilis treler di Lebuh Raya SILK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang penunggang motosikal maut dipercayai digilis sebuah treler dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25.4 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), dari arah Semenyih ke Subang Jaya, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.10 pagi.

Menurut beliau, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira pukul 9.25 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan sebuah motosikal. Mangsa merupakan lelaki berusia 47 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, operasi dikawal sepenuhnya pada pukul 9.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI