fbpx
Engku Nur Syakir (kanan) meledak hatrik ketika membantu TFC membenam UM Damansara pada pusingan 16 terbaik malam tadi.

Piala Malaysia: Jentera serangan TFC makin tajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI interim Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan boleh mula tersenyum lebar selepas skuad kendalian berjaya membelasah UM Damansara United 5-0 pada aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia malam tadi.

Beliau juga ceria, barisan serangan yang dahulu tumpul mula menunjukkan taringan menerusi jaringan hatrik Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob dan Careca yang meledak dua gol.

“Saya sangat gembira dengan kemenangan malam ini (kelmarin). Saya sendiri sudah lupa bila kali terakhir kita  berpesta gol di laman sendiri.

“Kredit kepada pemain-pemain saya tidak bukan sahaja bermain bersungguh-sungguh malah   mempamerkan karakter dan disiplin tinggi sepanjang perlawanan,” katanya.

Tengku Hazman berkata, anak buahnya menampilkan mentaliti menyerang dan dahagakan gol hingga berjaya mengatasi masalah ketumpulan serangan yang menjadi masalah utama TFC sebelum ini hasil kerja keras anak buahnya.

“Paling penting mereka bermain dalam satu unit sewaktu bertahan mahupun menyerang. Tahap komunikasi pemain di atas padang juga semakin baik, sekali gus membantu setiap bahagian pasukan memahami peranan masing-masing sepanjang perlawanan,”  katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN