fbpx
TIDAK disenangi gara-gara bercerai dengan Kamal Adli, ada segelintir peminat kini berkira-kira mahu memboikot drama terbaharu lakonan Uqasha Senrose.

Pakat nak boikot drama Uqasha pula, sudah-sudahlah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEJAK kecoh mengenai cerita perceraian, nama Uqasha Senrose masih menjadi bualan ramai sehingga hari ini.

Ada saja cerita yang orang ramai bising mengenainya dalam media sosial, termasuk drama terbaharu lakonannya bersama Zul Ariffin yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

Ada sahaja yang tidak kena dengannya. Pelik juga sebab ramai lagi masih nak marahkan Uqasha sebab bercerai dengan Kamal Adli sampaikan ada segelintir pihak mula laungkan misi boikot drama dan sebagainya. Janganlah terheret sangat dengan emosi, sudah-sudahlah ya.

“Walaupun minat Zul, terpaksa boikot. Maaf Zul.

“Hero dah ‘ngam’ tapi sebab Uqasha jadi pelakon wanita, nak boikot,” komen netizen.

Tak apalah, mungkin marah sekejap saja, mana tahu lepas drama sudah tayang, rating terus mencanak.

DIVA: Meriah betul sengketa lama Puteri Balqis dan Mia Sara yang tengah kecoh dalam media, macam-macam sudah ditelanjangkan. Teruskanlah, banyak lagi teh nak kena ditumpahkan nampaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN