fbpx
AWIE memberi kebebasan buat anak-anaknya, termasuk Merrah untuk bersosial dengan rakan-rakan, asalkan terus berhemah dan tidak melampau batas.

Tak marah diajuk, Awie puji video Merrah, Zaki Yamani ‘cute’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Cara nyanyian diajuk anak, penyanyi Datuk Awie menyifatkan gelagat Putra Ahmad Merrah bersama rakan yang juga anak lelaki Datuk Jamal Abdillah, Zaki Yamani yang tular menerusi TikTok sebagai comel.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 57, berkata hubungannya dengan anak-anak mesra seperti kawan namun masih mengekalkan batasan serta adab bagi setiap tindakan.

“Cute. Tak mengapalah. Saya anggap itu hanya gurauan sebab saya dengan anak-anak macam kawan-kawan. Kalau kita serius sebagai bapa, esok mereka nak berbual dengan saya pun susah.

“Jadi saya bebaskan mereka, tapi tetap selalu kawal, ingatkan adab, sopan santun. Jangan langgar batasan,” katanya pada majlis doa selamat dan latihan akhir Konsert Orang Kita di studionya, semalam.

Menurut vokalis Wings itu lagi, apalah sangat yang hendak dihiraukan dengan video tular anaknya memandangkan rakaman tersebut sekadar konten santai.

“Kita pun faham, kadang-kadang benda sebegini untuk seronok, cuma nanti kalau terlampau-lampau, kita bagi penampau (penampar),” selorohnya.

Pada sesi latihan tersebut, Merrah yang ditemui Kosmo! turut mengakui bapanya maklum dengan videonya yang tular bersama Zaki.

Katanya, mereka sekadar suka-suka selepas ramai netizen membandingkan vokal dengan bapa masing-masing.

“Kami suka-suka saja buat video itu. Tak sangka pula dapat banyak komen sampai ada yang kata ‘masuk air’. Apa pun kita ingat pesan orang tua selagi tak mengaibkan,” ujarnya.

Mengenai pembabitan dalam Konsert Wings Orang Kita, Merrah atau nama lengkapnya, Putra Ahmad Merrah, 19, ditugaskan sebagai penyanyi latar.

Akuinya, itu juga merupakan amanah besar daripada kumpulan rock otai tersebut, sekali gus menjadi pengalaman bermakna buatnya.

“Sekarang saya masih belajar (peringkat universiti) dan pada masa sama ambil juga tawaran menyanyi daripada pihak luar. Cuma daddy (panggilan untuk Awie) selalu ingatkan agar utamakan pengajian.

“Dapat jadi ‘backup singer’ Wings pun dah besar rahmat. Kutip pengalaman. Saya pun baru lagi, kena banyak belajar dulu,” tambahnya.

Terdahulu, Awie memaklumkan tidak akan ‘angkut’ anak sendiri muncul di pentas mana-mana konsert Wings, sebaliknya hanya pengiringv kerana band disertainya bukan perniagaan keluarga

Sementara itu, Konsert Wings Orang Kita bakal berlangsung di Zepp Kuala pada 30 Januari ini yang turut menampilkan dua anggota baharu, Pae(dram) dan Am (bes). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN