fbpx
Gambar hiasan

Kes tipu babit ‘Tan Sri’: RM300 juta dikutip daripada 1,700 pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan seorang individu bergelar Tan Sri yang disyaki menyeleweng dana pelaburan berjumlah hampir RM300 juta.

Sumber memaklumkan,SPRM telah menahan dua individu serta melakukan penggeledahan di lima premis sekitar Lembah Klang pada Rabu dan Khamis lepas.

Selain itu siasatan awal mendapati antara tahun 2021 hingga 2024, sejumlah hampir RM300 juta berjaya dikutip daripada kira-kira 1,700 pelabur bagi tujuan pelaburan ke atas dua buah syarikat.

Namun, semakan menunjukkan dana yang dikutip diseleweng dan dibelanjakan untuk tujuan selain daripada yang dipersetujui dalam perjanjian dengan para pelabur.

Sumber juga memaklumkan siasatan turut mendapati Tan Sri berkenaan menggunakan kedudukan serta pengaruh beliau untuk menarik minat dan meyakinkan pelabur agar melabur.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa siasatan kini menumpukan kepada jejak aliran dana yang diseleweng bagi tujuan pemulihan (recovery).

Siasatan ini turut melibatkan kepakaran Bahagian Analisa Kewangan SPRM dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM.

“Setakat ini, sebanyak 14 akaun individu dan syarikat telah dibekukan.

“SPRM masih menunggu maklum balas pihak bank berhubung baki akaun-akaun berkenaan dan menjangkakan lebih banyak akaun akan dibekukan selepas proses menjejak aliran wang selesai dilaksanakan,” katanya.

Jelasnya, SPRM komited melaksanakan siasatan dengan profesional dan tegas memandangkan kes ini melibatkan jumlah wang yang besar serta kepentingan awam.

Sebelum ini media melaporkan, lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu dicekup selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Rabu lalu.

Lelaki yang merupakan tokoh kewangan Islam itu kemudian ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga esok.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN