fbpx
Anwar menyantuni para jemaah selepas hadir menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Seksyen 8,Bandar Baru Bangi, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Kelemahan dalam perolehan tender perlu ditangani – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGI – Seluruh badan penguat kuasa di negara mesti menjalankan tanggungjawab mereka sepenuhnya dalam membanteras sebarang kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai contoh, dari segi proses perolehan kontrak dan tender, masih terdapat kelemahan yang perlu ditangani.

“Pengalaman kita tentang kontrak dan tender, walaupun begitu kuat tekanan dan gesaan, tapi masih ada kelemahan dan ketelanjuran, harus kita tangani.

“Umpama cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang e-waste, kerana pandangan dan ketetapan Jemaah Menteri melarang Malaysia jadi tempat pembuangan e-waste, hal ini harus dipantau.

“Saya akan beri laluan penuh dan petang ini, saya akan dapat Laporan Audit Negara. Jadi SPRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara, teruskan tugas bersihkan saki baki penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas solat Jumaat di Surau Al Amin, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Terdahulu, SPRM mengesahkan membuka kertas siasatan tatakelola berhubung pengurusan sisa elektronik susulan Op Nature dan akan diperluaskan ke seluruh negara sekiranya ada keperluan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman dilaporkan berkata, tindakan itu diambil susulan operasi yang dijalankan serentak oleh SPRM Selangor dan SPRM Negeri Sembilan di Klang serta Nilai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN