fbpx
HRITHIK disifatkan salah percaturan sewaktu menolak gandingan bersama Rani untuk filem Hum Tum sedangkan filem yang dilakonkan Saif Ali Khan itu mendapat kejayaan besar sewaktu ditayangkan pada 2004.

Tolak Rani, pilih Preity tapi Hrithik gigit jari…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

FILEM Mujhse Dosti Karoge telah menyentuh hati ramai penonton bukan sahaja di India, malah seluruh dunia bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang menarik, tetapi lagu-lagunya turut menjadi siulan ramai.

Namun, filem yang dibintangi Hrithik Roshan, Rani Mukherji dan Kareena Kapoor itu sebenarnya gagal di pawagam sewaktu ditayangkan pada tahun 2002. Hanya selepas itu, filem arahan Kunal Kohli itu mendapat pujian ramai apabila mula ditayangkan di televisyen dan dijual dalam bentuk cakera padat.

Kegagalan filem tersebut membuatkan Hrithik serik dan bertindak menarik diri daripada membintangi filem Hum Tum di samping Rani Mukherji apatah lagi naskhah itu sekali lagi diarahkan Kunal Kohli.

Hrithik enggan pisang berbuah dua kali kerana tahun 2002 menyaksikan semua filem lakonannya gagal di pawagam. Watak Hrithik kemudian diberikan kepada Saif Ali Khan. Menariknya filem Hum Tum meraih kejayaan luar biasa apabila mencatat kutipan tertinggi di India pada 2004.

Saif dan Rani turut dinobatkan sebagai pelakon terbaik menerusi lakonan mereka dalam filem tersebut. Manakala Hrithik yang menolak membintangi Hum Tum dan memilih membintangi filem Laksya di samping Preity Zinta pula terpaksa menggigit jari apabila filem itu gagal di pawagam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN