fbpx
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Khairul Kamarudin

Save2Win 2026 Bank Muamalat tawar hadiah emas 1kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Muamalat Malaysia Berhad mengumumkan dua pemenang utama Kempen Save2Win 2025 hari ini, sekali gus melancarkan Kempen Save2Win 2026 yang menawarkan dua hadiah utama iaitu jongkong emas seberat satu kilogram.

Dua penyimpan bertuah yang diumumkan sebagai pemenang utama Kempen Save2Win 2025 ialah penyimpan dari Cawangan Kuantan, Kamruzaman Mat Sham dan Cawangan Jalan Melaka, Rosmala Zainal.

Kempen Save2Win 2025 mencatat kejayaan memberangsangkan dengan penyertaan lebih 75,000 penyimpan, menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM3.5 juta dengan dua kondominium mewah sebagai hadiah utama.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Khairul Kamarudin berkata, pencapaian kempen tersebut mencerminkan tahap kepercayaan pelanggan yang kukuh terhadap produk simpanan patuh Syariah Bank Muamalat serta keberkesanan pendekatan ganjaran berasaskan disiplin kewangan.

“Save2Win 2025 bukan sekadar kempen ganjaran, tetapi satu inisiatif strategik untuk membudayakan amalan menabung secara konsisten dan berhemah.

“Kami mahu pelanggan melihat simpanan sebagai asas kestabilan kewangan jangka panjang, bukan hanya keperluan jangka pendek,” katanya.

Kempen Save2Win 2026 bakal berlangsung dari 1 Februari hingga 31 Disember 2026, dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai hampir RM3 juta untuk 5,638 pemenang.

Ia terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Bank Muamalat, dengan penyertaan melalui produk simpanan patuh syariah yang mudah diakses serta direka untuk menyokong perancangan kewangan yang lebih berhemah dan bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN