fbpx
Anthony Loke diberi taklimat terkini mengenai pelan pembangunan semula kawasan dermaga (waterfront) Pulau Pinang hari ini

‘Loceng Wisma Kastam akan bergema semula’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Loceng bersejarah Wisma Kastam atau Malayan Railway Building di Pulau Pinang yang berdiri sejak 1909 bakal bergema semula apabila bangunan warisan itu dihidupkan kembali menerusi pelan pembangunan semula kawasan dermaga (waterfront) Pulau Pinang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif pembangunan semula itu memerlukan koordinasi rapi kerana melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Di peringkat Kementerian Pengangkutan, ia melibatkan Railway Assets Corporation (RAC) selaku pemilik Wisma Kastam, manakala kawasan dermaga dan marina berada di bawah Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

“Loceng Wisma Kastam akan bergema semula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anthony Loke, Kerajaan Pulau Pinang telah mencapai kemajuan yang baik dalam usaha mewujudkan ruang awam di sepanjang kawasan dermaga.

Beliau berkata, agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, akan memberi kerjasama penuh bagi membolehkan ruang awam itu diperluaskan.

Kata beliau, kerjasama itu juga bagi memastikan bangunan-bangunan warisan di kawasan sekitar dapat dihidupkan semula untuk dinikmati rakyat Malaysia dan pelancong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN