fbpx
LOFTUS CHEEK antara pemain cadangan yang cuba dipinjam oleh United bagi memperkuat jentera tengah pasukan itu. - AFP

EPL: Man. United sasar pemain Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan sudah memulakan perbincangan awal bagi mendapatkan khidmat bekas bintang Chelsea, Ruben Loftus-Cheek dari AC Milan dalam usaha memperkukuh jentera tengah sebelum jendela perpindahan ditutup.

Menurut laporan, United mempertimbangkan pilihan pinjaman kos rendah untuk meningkatkan persaingan di bahagian tengah yang diterajui Casemiro dan Manuel Ugarte, meskipun Kobbie Mainoo terus diberi kepercayaan di bawah pengurus sementara, Michael Carrick.

Situasi itu membuka ruang kepada kemunculan Loftus-Cheek sebagai calon mengejut, apatah lagi pemain berusia 29 tahun itu dikatakan berminat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas peranannya bersama Milan semakin terhad musim ini.

Minat United dilihat berasas berdasarkan profil fizikal dan versatiliti Loftus-Cheek yang mampu beraksi sebagai pemain tengah mahupun peranan lebih menyerang, sesuatu yang kini kurang dalam skuad The Red Devils.

Dalam pada itu, laporan sama turut mendedahkan United telah mengadakan perbincangan dalaman berhubung kemungkinan mendapatkan Wilfred Ndidi, bekas tonggak Leicester City yang kini beraksi bersama kelab Turkiye, Besiktas.

Ndid, yang pernah menjulang Piala FA bersama Leicester, dikatakan menyimpan hasrat untuk kembali ke England atas faktor bola sepak dan keluarga, dengan kemampuannya sebagai pemain tengah bertahan dilihat sesuai untuk menambah keseimbangan dalam skuad United.

Dengan kedua-dua Loftus-Cheek dan Ndidi terbuka terhadap perpindahan, United kini berada pada fasa menilai pilihan paling realistik untuk memperkukuh barisan tengah dalam misi memburu slot Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI