fbpx
Tuck Leong (kiri) didenda RM15,000 atas kesalahan menggaji tiga PATI di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Tauke kafe Kampung Cina gaji PATI didenda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang pemilik kafe di Kampung Cina di sini didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Loi Tuck Leong, 47, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapinya.

Mengikut pertuduhan, anggota Bahagian Penguatkuasa Imigresen Terengganu mendapati tiga warga asing berada di premis milik Tuck Leong tanpa permit sah.

Ketiga-tiga mereka iaitu Thae Thae Po, 36, Aye Nandar Aung, 30, dan Aung Naing Tun, 27 didapati tinggal masa selepas pas lawatan sosial masing-masing tamat tempoh. Kesalahan itu dilakukan pada pukul 10.20 pagi, 2 November 2025.

Oleh itu, Tuck Leong didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959 yang membawa hukuman denda sehingga RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI dijumpai, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI