fbpx
Antara daging dan tulang lembu yang dirampas AKPS ketika pemeriksaan di FCZ, KLIA, malam tadi. Foto AKPS.

Daging, tulang lembu bernilai lebih RM10,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Lebih 100 kilogram daging dan tulang lembu sejuk beku bernilai RM10,342.08 dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam pemeriksaan di Zon Perdagangan Bebas (FCZ), KLIA, malam tadi.

AKPS dalam kenyataan hari ini berkata, pemeriksaan komiditi yang diimport dari Australia oleh sebuah syarikat tempatan itu diperiksa kira-kira pukul 9 malam selepas mendapati mengemukakan dokumen mengelirukan dan tidak lengkap.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati barangan tersebut mengandungi 109.44 kilogram daging dan tulang lembu sejuk beku dengan nilai anggaran RM10,342.08.

“Kesemua barangan rampasan telah ditahan bagi tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) berkaitan kesalahan mengemukakan dokumen yang mengelirukan bagi tujuan pengimportan,” katanya.

Tambah AKPS, pihaknya akan terus memperkukuhkan kawalan dan pemeriksaan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap peraturan pengimportan serta
menjamin keselamatan makanan dan kepentingan awam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI