fbpx
Keadaan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang terbalik selepas merempuh mangsa di Kilometer 4, Jalan Gua Musang-Sungai Terah di Gua Musang semalam. FOTO IHSAN POLIS

Petinju muay thai maut dirempuh Toyota Hilux ketika joging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang petinju muay thai maut, manakala rakannya cedera selepas dirempuh sebuah trak pikap ketika berjoging di Kilometer (KM) 4, Jalan Gua Musang-Sungai Terah di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.05 petang itu, mangsa, Mohamad Nabil Mohamad, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas tercampak kira-kira 40 meter di lokasi dirempuh.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 6.30 petang dan siasatan awal mendapati trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu lelaki berusia 33 tahun yang membawa dua pekerja itu menghala ke Gua Musang.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh mangsa dan rakannya yang berusia 25 tahun.

“Rakan si mati mengalami kecederaan pada tangan dan kaki. Pemandu dan dua pekerja asing yang menaiki trak pikap turut cedera di badan,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI