fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu membakar patung Ronaldo di Madeira, Portugal pada pagi kelmarin. - Instagram/Getty Images

Lelaki bakar patung Ronaldo, beri ‘amaran terakhir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Seorang lelaki membakar patung bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo di pulau kelahirannya, Madeira sambil merakam aksi pelik itu demi kandungan media sosial, lapor akhbar Mirror UK. 

Patung gangsa kapten kelab Al-Nassr itu dibakar di Muzium CR7 di ibu kota Madeira, Funchal kelmarin. 

Rakaman video dimuat naik naik di platform Instagram oleh akaun @zino.tcc.filipe memaparkan patung itu disimbah dengan cecair mudah terbakar sebelum dibakar menggunakan pemetik api. 

Semasa api mula merebak dan hampir membakar baju pelaku, dia menari sambil mengikut rentak muzik rap yang dimainkan menerusi pembesar suara. 

“Ini adalah amaran terakhir daripada Tuhan,” kata keterangan video tersebut.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial termasuk peminat Ronaldo. 

“Adakah anda fikir apa yang anda lakukan itu bagus? Tidak perlu lakukan semua ini demi mendapatkan tanda suka,” kata seorang netizen. 

Polis Madeira berkata, suspek telah dikenal pasti, tetapi masih belum menahannya.

“Suspek telah dikenal pasti. Wajahnya dikenali kerana dia pernah terlibat dalam insiden serupa sebelum ini,” kata sumber polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN