fbpx
Pemandu bas menghalang laluan ambulans. - Tangkap layar video

Sudah bunyikan siren, bas tetap ke tengah halang ambulans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang pemandu bas menghalang laluan ambulans yang membunyikan siren kecemasan, lapor laman berita Menara Today semalam.

Kejadian berlaku di Pandeglang, wilayah Banten kelmarin.

Dalam video tersebut, ambulans tersebut berada di belakang bas Murni Jaya dengan kod laluan 95.

Ambulans tersebut dalam keadaan tergesa-gesa kerana membawa pesakit ke hospital.

Ia dilihat beberapa kali cuba memintas bas ketika keadaan jalan sedikit lengang, namun bas tersebut menghalang pergerakan itu dan tidak memberikan laluan.

Keadaan bertambah bahaya apabila kejadian berlaku ketika hujan gerimis, menyebabkan jalan raya menjadi licin.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Bas sering mengalami kemalangan, jika ada nahas lain nanti, jangan bantu pemandunya,” kata seorang netizen.

“Saya melihat bas itu dua hari lalu. Ia dipandu di tengah jalan dan tidak membenarkan kenderaan lain memotongnya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI