fbpx
Fahmi memeriksa kenderaan autonomi (AV) pada peluncuran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional, Shah Alam. Foto AFIQ RAZALI/KOSMO!

Cadangan Penyatuan Rumah Bangsa itu hak UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Cadangan UMNO mengenai pembentukan ‘Penyatuan Rumah Bangsa’ adalah hak parti itu dalam menentukan hala tujunya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu dianggap bukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

“Itu adalah hak Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Presiden UMNO). Tidak salah dalam undang-undang negara kita untuk membangkitkan persoalan seumpama itu.

“Namun, saya turut ambil maklum beberapa parti politik sama ada terang-terangan ataupun halus memberi jawapan kepada beliau,” katanya selepas melancarkan Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO, dilapor mencadangkan pembentukan kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti politik Melayu-Islam di negara ini.

Kerjasama itu bagaimanapun tidak berhasrat menggugat Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyambut baik langkah berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN