fbpx
Fadhlina

KPM tambah prasekolah, bilik darjah secara bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan langkah penambahan kelas prasekolah serta bilik darjah secara bersasar bagi memastikan kesiapsiagaan sistem pendidikan menghadapi inisiatif baharu pendaftaran sukarela murid tahun 1 berumur enam tahun mulai 2027.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, inisiatif berkenaan antara prakarsa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu melancarkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 semalam.

Katahya, ia memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak yang bersedia mengikuti persekolahan rendah lebih awal.

“Pilihan ini bukan dilaksanakan secara terburu-buru, sebaliknya bergantung kepada kesediaan anak-anak berdasarkan keputusan saringan diagnostik yang ditetapkan,” jelas beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina menegaskan struktur pendidikan rendah tidak berubah dan tetap selama enam tahun, diikuti lima tahun di peringkat menengah serta tamat pendidikan menengah atas pada umur 16 tahun.

“KPM sedang menambah kelas prasekolah di seluruh negara. Perancangan turut dilakukan untuk menyediakan bilik darjah tambahan dan prasarana lain secara bersasar. Keperluan tambahan guru juga sedang ditangani secara proaktif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN